Hi Jobseeker ,  Welcome  |  Like This  |  Subscribe Now  |  need help ?



Welcome to JobsMalaysia 2017

JAWATAN KOSONG BNM

Written By Admin on Tuesday, August 17, 2010 | 3:45 PM

3:45 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG ASMB

3:43 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

A. Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan

BIL
JAWATAN
GRED
BIL KOSONG
1.PEN. PEG. PERANCANG BANDAR DAN DESA - TETAP
J29
1
2.PEMBANTU PERTANIAN - TETAP
G17
1
3.PEMBANTU PENILAIAN - TETAP
W17
1
4.PEMANDU KENDERAAN - TETAP/KONTRAK
R3
2
5.PEKERJA AWAM TETAP/KONTRAK
R1
40


B. Maklumat lengkap serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (http://www.mptaiping.gov.my/)

C. CARA MEMOHON


  • Semua permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Bayaran, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping (waktu pejabat) dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau dengan muat turun (download) melalui laman web Majlis Perbandaran Taiping (http://www.mptaiping.gov.my/) dengan menyertakan bersama kiriman wang pos sebanyak RM2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping sebagai wang proses. Borang permohonan adalah terhad.
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil / Ijazah dan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan sekeping gambar berukuran passport dengan sampul surat berukuran 10”x 15” beralamat sendiri dan setem RM2.00
D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
a) Permohonan hendaklah sampai kepada :-
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping,

Jalan Taming Sari,

34000 Taiping,

Perak.

SEBELUM ATAU PADA 30 OGOS, 2010


Muatnaik
MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS
3:42 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG PNMB



PositionClosing Date
SENIOR SUPERVISOR
SUPERVISOR
GRAPHIC DESIGNER
GUARD
TECHNICIAN
30/09/2010
SALES CONSULTANT (MANAGEMENT TRAINEE) 15/09/2010

To apply:


Please download and fill up the APPLICATION FOR EMPLOYMENT FORM and send it to us.

Application must be send through e mail as below. Any application in form of hard copy will not be entertained. Please do contact us if there is any enquiry as below:


3:40 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG PERKESO


PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan, pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan. Melalui 46 buah cawangan di seluruh Negara, PERKESO memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dengan memberikan maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan. Sejajar dengan rancangan pengembangan PERKESO, kami menjemput mereka yang berminat dan menyertai kami sebagai

JAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN GRED 24

DOWNLOAD IKLAN & BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah di hantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume),salinan kelayakan akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini beserta salinan slip gaji dan gambar berukuran passport ke alamat di bawah sebelum atau pada 27 Ogos 2010.

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10,
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
281 JALAN AMPANG,
50538 KUALA LUMPUR



MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS
3:38 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG SPA KEDAH


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) seperti yang dinyatakan dibawah ini :

1. Pegawai Tadbir N41

(Calon lelaki sahaja)

Deskripsi Tugas:
Merancang, mengenalpasti dan menyelaras urusan - urusan pentadbiran am, tanah, kewangan, pembangunan Daerah/Negeri serta pengurusan dan pembangunan sumber manusia di pelbagai Jabatan Negeri.

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut :
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4); dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(c) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Gred N32 adalah layak dipertimbangkan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke jawatan Pegawai Tadbir, Gred N41 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.

UMUR
1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
2. Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan KPSL hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
3. Bekas anggota tentera yang tidak menerima pencen dan telah menamatkan perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

TARAF JAWATAN : Tetap

CARA MEMOHON
1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman http://www.spakedah.gov.my/ .

CATATAN AM
1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Iklan juga boleh didapati dalam laman web rasmi Negeri Kedah Darul Aman http://www.kedah.gov.my/.

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Ogos 2010



MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS
3:36 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG MADA


Pemohon-Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda:-

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E27 (1 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T5); atau
(iii) diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T6); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 (1 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T5); atau
(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T8); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (3 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) Sijil Institut Pertanian, Kementerian Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Hanya calon-calon yang memiliki Sijil Institut Pertanian Selepas Jun 1996 sahaja yang layak memohon]


4. TUKANG K2 GRED R11 (2 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2; dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


5. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 (2 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2);


6. PEKERJA AWAM GRED R1 (7 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3); dan
(b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) :
(a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
(b) Pegawai sedang berkhidmat yang layak untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN : Tetap

TEMPOH PERCUBAAN :
Calon-calon yang dilantik secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan tetap adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

PEPERIKSAAN / KURSUS INDUKSI :
Mengikut skim perkhidmatan.

CATATAN AM :
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
(c) Salinan sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan dan disahkan hendaklah disertakan.
(d) Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.


CARA MEMOHON :

1. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang MADA Am 3 yang boleh dicetak daripada Laman Web MADA http://www.mada.gov.my/

MUAT TURUN BORANG MADA Am 3

2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR STAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ]

3. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2010. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.


MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS
3:35 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG UMMC


We are seeking for qualified Malaysian applicants to fill in the following vacancies:

1. Pegawai Perubatan (GRADE UD43 & GRADE UD47)

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UD41:P1T6); atau
(ii) calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar
sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UD41:P1T6); dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN PENUH

PENEMPATAN
1. Patologi
2. Mikrobiologi Perubatan
3. Trauma & Kecemasan
4. Perubatan Transfusi
5. Anestesiologi
6. Obstetrik & Ginekologi
7. Perubatan
8. Makmal Neurologi
9. Oftalmologi
10. Pediatrik
11. Perubatan Psikologi
12. Surgeri
13. Surgeri Ortopedik
14. Perubatan Rawatan Utama
15. Otorinolaringologi
16. Pengimejan Bio-Perubatan

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Closing Date : 29 August 2010

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS
MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS 
3:33 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA


Pemohon dari warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi
kekosongan jawatan bagi Pasukan Projek Jambatan Pulau Pinang Kedua di Lembaga
Lebuhraya Malaysia :

Jawatan

1. JURUTERA (AWAM) GRED J54
2. JURUTERA (AWAM) GRED J52
3. JURUTERA (AWAM) GRED J48
4. JURUTERA (ELEKTRIK) GRED J48
5. JURUTERA (AWAM) GRED J44


IKLAN LENGKAP

Tarikh tutup : 19 Ogos 2010


MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS
MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS
3:31 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG KARANGKRAF


PELUANG KERJAYA BERSAMA KUMPULAN KARANGKRAF
Kami adalah antara penerbit, pencetak dan pengedar majalah dan akhbar yang terbesar di Malaysia dan telah beroperasi di Malaysia sejak hampir 30 tahun lalu. Kami adalah penerbit dan pencetak bagi lebih daripada 30 buah majalah dan akhbar harian. Kami juga merupakan salah sebuah pencetak komersial yang terbesar dan mempunyai mesin-mesin pecetakan dan penjilidan yang tercanggih di Malaysia.
Ekoran daripada perkembangan dan peningkatan yang memberangsangkan maka kami dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi kelayakan bagi mengisi kekosongan-kekosongan berikut :
3:27 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH JEMPOL


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan warga Daerah Jempol ) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-
BIL
JAWATAN
KUMPULAN
PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
JUMLAH
KEKOSONGAN
&
TARAF
JAWATAN
1
Jurutera
Gred J41
(lelaki sahaja)
Sokongan
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P1T2 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P1T3 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79
1 ( Tetap )
Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan
Sara Hidup dan elaun-elaun lain.
1JURUTERA GRED J41 – 1 (TETAP)
Syarat Lantikan
1)Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)Warganegara Malaysia;
b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dand)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera bidang kejuruteraan adalah
layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara
lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a) (i)mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii)lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera
Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan
b)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Penetapan Gaji Permulaan
3)Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan
Tempoh Percubaan
4)Jurutera Gred J41 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah
dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
Latihan
5)Jurutera boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang
berkenaan.
Kursus Induksi/Peperiksaan
6)Jurutera Gred J41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi
yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.
Pengesahan Dalam Perkhidmatan
7)Jurutera Gred J41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
a)memenuhi tempoh percubaan;
b)hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan; dan
c)diperakui oleh ketua perkhidmatan
Pergerakan Gaji Tahunan
8)Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
berdasarkan prestasi perkhidmatan
Penilaian Tahap Kecekapan
9)Jurutera hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
untuk kenaikan pangkat.
CARA MEMOHON:
-Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Pejabat
Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter) ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm
beralamat sendiri, bersetem RM0.30 sen dan wang pos bernilai RM1.00. Pemohon juga boleh muat turun
borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat http://www.mdjl.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e114ac18-d7e1-4372-8d95-8191317b9496&groupId=10124 dan sertakan wang
pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.
-Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Surat
Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana
Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa
atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan
-Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.
-Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah
lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
-TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 30 Ogos 2010
-Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:
a)Borang permohonan tidak lengkap
b)Tidak memenuhi syarat iklan
c)Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.
d)Tiada cetakan berkomputer resit bayaran RM1.00 sebagai bukti pembelian borang
PERHATIAN:
a)Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;
b)Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup
permohonan adalah dianggap tidak berjaya;
c)Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan
dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.



MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS
3:25 PM | 0 comments

JAWATAN KOSONG IKIM



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

1.1 (a) Jawatan:Fellow Kanan (Syariah)
(Nota: Jawatan ini setaraf DS54 di Universiti Awam)

(b)Kumpulan :
Pengurusan dan Profesional

(c)Taraf Jawatan :
Tetap

(d)Tempoh Percubaan :
2 Tahun




1.2 Jadual Gaji (Skim Gaji 3):
RM5,752.07 x RM250.47 – RM7,755.83

(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

(a) Elaun



(i) Keraian
(ii) Perumahan
(iii) Bantuan Sara Hidup
:
:
:
RM800.00
RM900.00
RM300.00




1.3Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:






(a) Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia di dalam bidang Syariah;

(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 8 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan Akademik di sektor awam atau swasta;

(d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM;

(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik; pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; dan berkemahiran merujuk sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab.




1.4Bidang Tugas :
Bertanggungjawab antaranya menjalankan projek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan bermutu dalam bidang yang sesuai dengan matlamat dan peranan IKIM; menyelia dan menyelaras Sudut Hukum, slot radio dan tugasan-tugasan penyelidik di Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM.

Cara Permohonan


Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-


a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)

b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)

Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 30/09/2010 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.


Catatan Am


Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.


Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.


Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas
tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS
3:24 PM | 0 comments

Ads


Interview Tips

Great interviews arise from careful groundwork. You can ace your next interview if you:

1. Enter into a state of relaxed concentration.

2. Act spontaneous, but be well prepared.

3. Set goals for the interview.

4. Know the question behind the question.

5. Follow up with an effective "thank you" letter.

6. Consider the interviewer's agenda.

7. Expect to answer the question, "Tell me about yourself." This is a pet question of prepared and even unprepared interviewers.

8. Watch those nonverbal clues. Experts estimate that words expressonly 30% to 35% of what people actually communicate; facial expressions and body movements and actions convey the rest.

9. Be smart about money questions. Don't fall into the trap of telling the interviewer your financial expectations.

10. Don't hang out your dirty laundry. Be careful not to bare your soul and tell tales that are inappropriate or beyond the scope of the interview.

Latest Jobs

Blog Archives